Below is the official circular from them. I wish them all the best and good luck! Ride Safe!
Mission for Missing Children atau lebih dikenali sebagai MfMC merupakan sebuah organisasi sukarelawan yang tidak menjana pendapatan dan bebas politik. Objektif penubuhan organisasi ini adalah untuk mewujudkan kesedaran masyarakat berkaitan isu keselamatan kanak-kanak menerusi platform rekreasi termasuklah aktiviti berbasikal, larian, berenang, triathlon, mendaki gunung dan sebagainya.Bermula 1 hingga 4 Mei 2015, sekumpulan wakil MfMC akan menyertai misi kayuhan kesedaran bermula di Kuala Lumpur dan berakhir di Kota Bharu, Kelantan. Kayuhan ini merupakan kesinambungan kepada misi kayuhan kesedaran yang telah dijalankan pada 2014 dari Woodlands, Singapura ke Hatyai, Thailand.Sepanjang kayuhan merentasi banjaran Titiwangsa ini, wakil MfMC akan berhenti di beberapa lokasi terpilih termasuklah di sekolah-sekolah, pasar-pasar dan tempat awam untuk kempen kesedaran berkenaan keselamatan kanak-kanak.Justeru, pihak MfMC amat menghargai dan berterima kasih jika pihak Tuan/Puan dapat mewar-warkan atau memberikan satu slot di program terbitan pihak Tuan/Puan agar kempen kesedaran ini dapat diperluaskan kepada masyarakat.Info mengenai MfMC dan misi kayuhan boleh diperolehi di laman Facebook MfMC:
No comments:
Post a Comment