Pages

Tuesday, October 19, 2004

To those that is trying to improve their Bahasa Malaysia, better start reading up this ride report written by OP Doc Hisyam.


BERBUKA PUASA DI EMPANGAN BATU

17 oktober2004/3 Ramadhan 1425H
430petang
Peserta:
Azman
Ashley
Zeyus
V(tak tau nama penuh)kawan kepada Zeyus
Loh(Teman lelaki Stephanie)
Amir(Teman lelaki Azman/ peserta baru)
Doc(saya)

Aktiviti riadah yang tidak dirancang ini bermula apabila Zeyus membuat panggilan telefon kepada saya untuk bertanyakan khabar. Apabila ditanyakan tentang acara berbasikal lasak, Doc dengan segera mencadangkan agar dapat berbasikal di Empangan Batu pada keesokan harinya iaitu pada 17/oktober. Melalui kaedah SMS, rakan rakan berbasikal dihubungi dan akhirnya walaupun dengan masa notifikasi yang singkat, 7 anggota dapat menghadirkan diri. Sememangya acara dirancang untuk dimulakan pada waktu petang untuk membolehkan sahabat musliman berbuka puasa pada penghujung acara.

Keadaan cuaca amat mendung. Kuala Lumpur baru dilanda hujan lebat. Kesemua peserta berada di tempat letak kereta tepat pada masa yang ditetapkan, dan setelah menukar tiub getah baru bagi tayar basikalnya, doc dan rakan-rakan memulakan aktiviti riadah mereka. Kesemua peserta agak tercungap kehabisan udara apabila menaiki lereng bukit yang pertama. Mungkinkah cuaca yang mendung dan udara lembap memainkan peranan disini? Hujan sudah reda pada masa tersebut dengan titisan renyai membasahi kami semua. Agak lega rasanya bagi kami yang berpuasa.

Keaadaan jalan adalah lembut dan berlumpur. Kami semua dibasahi lumpur dan apalah nak di kata empangan Batu, lika tidak disebut tentang pacatnya yang bermaharajalela pada petang itu? Saya menerima tidak kurang dari 10 gigitan pacat.

Kami teruja apabila sampai di anak sungai yang pertama. Anak sungai yang selalu menjadi tempat bermain, telah menjadi sebuah sungai yang deras dan dalam! Air sungai yang selalunya jernih kini menjadi kotor dan berbahaya.Kami menyeberangi sungai dengan was was.
Pada dakian yang berikutnya,keadaan adalah amat sukar disebabkan oleh keadaan tanah yang berlumpur. Banyak dahan yang jatuh disebabkan oleh hujan lebat. Walaupun begitu, keadaan jalan masih boleh membenarkan kami untuk mengayuh sebanyak yang mungkin. Pengalaman baru bagi Amir. Ini adalah kayuhan denai yang pertama baginya. Bagi V, ini bukanlah kayuhan pertama memandangkan dia pernah menakluki denai Kiara. Walaupun begitu, dia tetap berpuas hati dan gembira dengan denai Empangan Batu walaupun pada kali pertama di situ. Zeyus telah mengalami masalah teknikal dengan sistem gearnya. Syukurlah tidak serius, dan dia dapat meneruskan perjalanan dengan bantuan daripada Azman.

Laluan turun bukit menuju sungai utama diredah dengan perasaan gembira! Sungai tersebut juga kami dapati telah menjadi dalam dan amat deras.Loh telah berbaik hati dengan memberi bantuan kepada semua anggota untuk menyeberangi sungai tersebut.Doc hampir dihanyuti arus deras. Dia pun amat kecewa kerana tidak dapat mandi manda ditempat kegemarannya.
Memandangkan cuaca buruk(keadaan semakin gelap dan hujan renyai), dan untuk mengejar masa, kami bergegas meneruskan perjalanan. Runtuhan pokok yang telah menghalang denai pada masa lalu telah dibersihkan. Kami meneruskan perjalanan menaiki lerengan bukit menuju ke puncak bukit dimana bermulanya acara kegemaran semua iaitu acara turun bukit.

Pemandangan amat cantik dengan kabus selepas hujan meliputi puncak bukit dan juga lembah lembah yang diselubungi kabus. Kebanyakan denai dapat dikayuh walaupun tanah agak licin. Udara yang sejuk juga membantu kami . Keaadan persekitaran juga semakin gelap dan membuat kami bergegas ke puncak dakian.

Acara turun bukit apabila tiba tetap memberi kepuasan dan kegembiraan yang secukupnya kepada kami, walaupun denai ini telah dilalui berkali kali di masa lepas.Loh dan Zeyus berada dihadapan diikuti dengan V, Man dan Ashley. Saya dan Amir mengayuh dengan berhati hati.Sememangya Empangan Batu memberi kepuasan yang tidak dapat dibandingi!

Kami berkumpul semula di kedua sungai. Keaadan sungai yang berbahaya membuat kami berwaspada menyeberanginya. Pada laluan terakhir, kami mengayuh dengan kelajuan agak sederhana dan tidak memecut seperti yang selalu dilakukan. Keadaan yang hampir malam dan pemandangan yang amat cantik membuat kami menikmati persekitaran dan lebih berwaspada.
Azan Maghrib berkumandang tepat apabila kami sampai ke pinggiran empangan.Selepas berbuka puasa dengan air kosong dan roti(terima kasih kepada MAn), kami terus ke tempat letak kereta dan mendapati pintu utama telah berkunci! Doc terpaksa mencari pak jaga yang pada masa itu sedand berbuka puasa di rumahnya.

Dengan perasaan gembira kami meninggalkan Empangan Batu....

Jumlah masa:2jam 15 min
Denyutan nadi maksima: 186
Purata denyutan nadi: 146
Keseronokan: BEST GILA!!!!

PS: Jangan lupa bersenam walaupun bulan puasa!

No comments:

Post a Comment